Monday, May 24

Amerika Oh Amerika...

Nak bercerita pasal Amerika memang tak cukup muka surat dibuatnya. Banyak sangat yang buruk, yang tidak sedap didengar dan 'panas' je hati mendengarnye. Lagi-lagi kalau berkenaan Islam,Muslim dan sewaktu dengannya. Memang nampak sangatla 'bias'nye.

Memamgla Allah sendiri dah cakap:
" Walan tardha' 'ankal yahuda walan nasara hatta tattabi'a millatahum..."
Terjemahan: Dan tidak sesekali Kaum Yahudi dan Nasrani itu akan redha terhadap kamu (orang-orang Islam) sehinggalah kamu mengikut telunjuk mereka...

Polis Dunia kononnya. Lagak hebat. Biarlah banyak manapun kesalahan yang dibuat, dunia seolah berdiam diri dan membenarkan tindakan mereka. Dah buat salah nak cover plak.
Terbaru, Rumsfeld larang penggunaan kamera bimbit di Iraq. Ni semua akibat tersebarnya gambar penyiksaan tahanan Iraq oleh tentera Amerika.

Baca: Rumsfeld haramkan telefon bimbit berkamera di Iraq

Bangkai gajah macamlah boleh tutupkan?

Teringat satu lagu M Nasir. Lirik yang sangat berkaitan. Taklah sefamous "mentera semerah padi" atau "phoenix bangkit dari abu"... tapi lirik yang sangat membawa makna. Enjoy =)


********************
Mencari Amerika

A.M.E.R.I.K.A. Amerika Amerika
A.M.E.R.I.K.A. A.M.E.R.I.K.A.
Amerika Amerika

Ku mencari Amerika
Oh! di mana Amerika
Ku mencari Amerika
Oh! di mana Amerika

Dari Hollywood ke CNN
Dari Pepsi ke Coca-Cola
Dari Newsweek ke Time Magazine
Dari Kentucky ke McDonalds
Dari Dallas ke Dynasty
Tarzan ke John Wayne
Casper ke Rambo

Ku mencari Amerika
Oh! di mana Amerika
Di sini Amerika
Oh! di sana Amerika
Sini sana Amerika
Mana-mana Amerika
Seluruh dunia Amerika
Oh! di mana Amerika
Di sini Amerika
Sini sana Amerika
Mana-mana Amerika

Ku mencari Amerika
Di mana Amerika
Ku mencari Amerika
Di mana Amerika

Dari Pentagon ke CIA
Dari Hiroshima ke Nagasaki
Dari Vietnam ke Pulau Bidong
Nicarguay, P.B.B., Desert Storm
Bosnia, Herzegovina

Aku mahu Amerika
Aku mahu Amerika
Ku mencari Amerika
Ku mencari Amerika
Bagi aku Amerika

*********************


Entahlah. Memang tak habis-habis negara yang satu nih. Sigh!

No comments: