Thursday, January 27

Me, Myself and Mobile

Me, Myself and Mobile

Up to this date, I had previously owned a couple of mobile phones. Hmm...lets do the math...

Nokia 3210 ---> siemens c45 ---> nokia 3310 ---> Nokia 2100 ---> nokia 8250 ---> nokia 3100 ---> (back to..) nokia 3310 ---> ???

Thats total up to seven.
I don't know, it seems that I have had a couple of bad luck with mobiles. At least thats what my mom said to me.

The series of these unfortunate events goes like this.

Once upon a time in a land far far away...



Januari itu merakamkan satu detik bersejarah baru dalam hidupku yang penuh tidak bersejarah ini. Kedatangan Maksu dari Temasek membawa khabar gembira buatku. Ah, bukan sahaja khabar yang dibawanya. Malah satu benda alah berbentuk empat segi, memikul berat 120 gram dengan kilauan kelabu yang turut serta dalam bagasinya itu diserahkan padaku.

Mataku berkaca, sedih terharu. Hampir sahaja aku ingin mendakap adik emakku yang seorang itu. Namun memikirkan yang aku belum lagi melalukan air ke seluruh badanku pagi itu, aku membatalkan sahaja niat murni itu.

"Kita berpelukan, bermaafan masa raya ajalah maksu," kataku sendiri.

Tak kulupa sekuntum senyuman manis dan ucapan terima kasih. Tanda penghargaan dariku kerana sudi menhabiskan masa untuk membelikannya untukku. Dan kerana sanggup bertekak dengan promoter itu untuk mendapatkan harga serendah yang boleh - agar bersesuaian dengan budgetku. Ya, aku membelinya dengan hasil titik peluhku sendiri (tidak pastilah pula aku berpeluh atau tidak masa mengutip duit raya dulu. Atau berpeluh semasa ayah memberi duit poket. Oh, mungkin juga berpeluh, cuaca panas!)

"Aku ada handphone, Gilak ah!!!"

Walaupun sekadar sebuah nokia 3210 pada kala nokia 3310 telah mula menjadi kegilaan ramai, aku tetap bermegahbersyukur dengan posessionku ini. Ianya kubawa ke sana ke mari.

Hampir sepurnama berlalu...
Mereka sering berkata, malang seringkali tak berbau.
Tengahari itu, dalam perjalanan tergopoh-gapahku ke Akademi X; aku mengambil jalan pintas, agar perjalananku mengambil masa yang lebih pendek dari biasa. Padahnya - aku dipau. Habis telefonku diambil.

"Ah! Mungkin bukan sudah rezekiku," kataku sendiri. Cuba menyedapkan hati yang gundah . Cuba menenangkan fikiran yang tidak keruan. Perasaan bercampur-campur - sedih, marah, kecewa, tension...

Terasa bodoh pun ada juga sebenarnya. Hampas punya Pak Cik Polis . Berjaya juga mempengaruhiku yang aku tidak melakukan yang sepatutnya untuk mempertahankan harta bendaku.

Kalau kutahu jadi begini tidak akan kudatang ke sini. Membuat laporan polis yang pastinya tidakkan ada faedah buatku, selain untuk menambah statistik dan menebalkan bilangan kertas dalam fail jenayah 'pau' yang pasti kan berhabuk jua akhirnya. Atau mungkin dimakan anai-anai? Atau ditongsampahkan? Atau dikitar semula?

"Hmm...itu kedengarannya lebih baik bagiku. Alam sekitar pun terjaga. Ozon lebih terpelihara."

Cut the crap. Huh!

He he he...

Berbalik pada cerita tadi.

Lebih sepurnama berlalu. Karnival beli-belah Bukit Jalil menjadi saksi akad nikah jualbeli Siemens C45 ku. Isteri kedua ku ini kujaga dan kubelai manja, menjadi teman hidupku sepanjang masa. Ke mana jua ku pergi akan adalah Siemens C45ku itu.

Namun frasa "apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan" seringkali menjadikan manusia tidak berasa puas hati dengan apa yang ada. Siemens itu kurasakan sukar untuk dikendalikan. Tidak user friendly. tidaklah sesukar mana sebenarnya. Mungkin pengalaman menggunakan Nokia yang nyata terkenal dengan ke'userfriendly'annya membuatkan penggunaan Siemens itu seperti suatu 'gigantic task'.

Lantas ku beralih pada Nokia 3310.
Kali ini ianya kuperolehi dengan membuat suatu 'voluntary exchange' dengan ibuku. N3310 yang kuhadiahkan padanya kutukar dengan Siemens ku itu.

"Takpe kan mak? Mak tak kesah kan?"

Namun nyata sangkaan aku 'agak' silap. Lupa untuk aku mengaplikasikan teori ketidaksamaan dalam situasi ini.

a=b
so, when a<>e then b<>e


I am very much of a mother's son. So when I am in a course of not having to like something, then so would my mother. Isn't it?

It seems so.


Tidak terdaya hati ini mendengar keluhan dari yang tersayang, maka aku gagahkan diri menggunakan wang rakyat (elaun dari scholarship) untuk mendapatkan si comel n2100.

Betul comel. Tak percaya boleh tanya Ye. Rujuk Wawa pun boleh juga.

Dan n3310 tu kupulangkan kembali pada ibuku.

Ease of use and simplicity in functionality determined it all.

Namun jangka hayatnya juga tidak panjang.

Di suatu hari minggu yang indah di Kolej (Kediaman) Cemara, SA...
Tindakanku untuk mengambil short nap di kala jam 9 pagi nyata membawa padah. Kepenatan mata membaca nota ku rehatkan. Si comel n2100 yang ku letakkan di sisi bantal tempat pembaringanku hilang. Lesap tidak sampai setengah jam berikutnya; apabila aku terjaga dek suara kebisingan dari entah mana.

Sangkaanku ianya jatuh.

"Kat bawah katil kut," hatiku tiada syak.

Ku periksa sekali. Tiada. Dua kali. Juga tiada.

"Ah, sudah!"

Kucari seluruh bilik.
Dalam almari, bawah tilam, atas meja, bawah meja. Namun semuanya hampa. Soal siasat terhadap 3 lagi flatmate juga membawa seribu kehampaan.

Sedih.

.........

Hampir tiga bulan juga device putih salji itu ku punyai. Kehilangannya membuat seolah aku serik lagi untuk bertelefon bimbit.

Namun ia tidak lama. Manakan ku tahan nafsu membara. Bisikan syaitan selalu di mana-mana.

Belilah yang baru.
Carilah penggantinya.
Bukannya mahal mana.


Kalau diikutkan hati memang mahu sahaja kau dapatkan yang baru. Namun scarcity of resources menghalang unlimited demandsku. Akukan pelajar ekonomi. Perlulah bijak dan waras dalam berbelanja. Jika tidak rugilah air liur dan penat lelah Puan M dan Puan Kud mengajarku bertahun-tahun.

" Ekonomi secara asasnya adalah ilmu akan bagaimana manusia menggunakan sumber yang terhad untuk memuaskan kehendak yang tidak terhad... bla..bla..bla... ," masih terngiang-ngiang suara lantang Puan M lima tahun dahulu.

"Pakailah telefon mak ni dulu. Mak duduk rumah aja. Telefon rumah ada," pujuk ibuku.

Seminggu berlalu. Dua minggu. Masuk minggu ketiga, aku tak mampu lagi untuk menolak. Kupakai jua mobil itu.

Tidak kupasti berapa lama telefon itu dalam posesiku bila Atehku di seberang Tebrau tahu akan cerita 'sedih' ini.

Dengan sedikit pujuk rayu diberinya nokia 8250 a.k.a butterfly padaku. Housing ungu dengan skrin LED biru. Sungguh catchy pada pandangan mataku.

Dan n3310 itu kupulangkan kembali pada ibuku. Buat kali kedua.

Kini ku ada butterfly sebagai pengganti si salju putih.

Butterfly< ini menjadi saksi segalanya. Laksana bulan dan bintang menjadi saksi keindahan malam atau matahari menjadi saksi seorang insan mencari rezeki untuk sesuap nasi buat anak-anaknya yang kelaparan, Butterfly ini menjadi saksi penambahan angka dalam bil-bil telefonku.

'Rama-rama' itu kujadikan seperti dahan pokok. Dan aku pula seperti kanak-kanak riang yang seringkali menjadikan dahan itu tempat BERGAYUT di kala senang.

Kadangnya tiga jam. Kadangnya empat. Lima pun pernah jua rasanya.

Terfikir juga aku akan kewarasan tindakan aku ini.

Relevankah semua ini?
Waraskah aku?
Berbaloikah?

Entahlah.
Tapi yang aku pasti tiada sekali sesalan terdetik. Biar apa yang yang terjadi. Aku pasti yang aku lakukan yang hak. Tuhan telah takdirkannya. Jika salah, biarlah ia jadi pengajaran di kemudian hari.
Biarlah.

Research paper.
Oral presentation.
Final exams.
Bebanan AUSMAT di batu jemalaku telah kutinggalkan.
N8250 itu jualah yang menjadi saksinya.

Result tidaklah sehebat mana. Tapi cukuplah untuk melayakkanku berpijak di Aotearoa ini. UC menjadi pilihan.

Saat berangkat...
Hati mana yang tidak sayu. Bila mana yang selalu didepan mata kan pergi. Mata mana yang tidak menitis. Bila tahu walau sementara ia kan mengambil 8 musim lamanya...
Sebak tangis. Merah berkaca.

8250ku yang sebenar-sebenarnya memang problematic itu kuadukan. Aduan didengar. Rintihan menagih simpati.

Nokia 3100 dituai.
Sempat jua satu panggilan buat yang kehibaan lewat tiba. Tidak sempat berlambai buat kali terakhir. Bersua muka apatah lagi. Hanya suara menjadi penglipur duka lara; seperti lazimnya. Cuma kali ini 3100 yang menjadi penghubung.

Di bumi Chch ini 3100 itulah peneman.

Berbulan lamanya. Sehinggalah pada suatu petang yang hening itu.
Telefon itu kusisipkan dalam kocekku. Helmet dipakai. Basikal dikayuh. 10 meter, 20 meter, 30 meter.

Tidak sampai 40 meter, ia terjatuh. Kayuhan terhenti. Kepala kupalingkan...

"Pakkk!!!" Merdu sungguh efek suaranya.

Sebuah Cynos putih menggelek nyaman telefon yang baru ingin kugapai itu. Aku memandang dalam ketidakpercayaan. Terngangaku buat beberapa saat.

Bubur itu mustahil kan jadi nasi.

Serpihan ku kutip dan ku simpan. Kayuhan ke kelas diteruskan. Seolah tiada apa terjadi.
Seolah-olah...

Atas ehsan seorang rakan, aku dipinjamkan n3310 yang tidak lagi digunakannya.
Sehingga kini.


P.S. Mintak maaflah. Panjang sangat ni. Tak taulah ada orang nak baca ke tak. Macam banyak merepek je. Cerita kat atas ni memang berdasarkan kisah benar. Cuma adalah sikit-sikit tambah garam dan gula buat penambah rasa. Tanpa plot, klimaks dan elemen-elemen penting yang lain, cerpen ini adalah sekadar suatu medium mengisi masa lapang yang penuh kebosanan. Terima Kasih.

Wednesday, January 26

Berubah wajah

Berubah wajah

Cuti 3 hari ini sungguh terasa bosan.

Hari pertama cuma duduk kat rumah. Berehatla konon-kononnya.

Hari kedua pegi setelkan bil-bil yang patut. Petang dah bosan sangat pegi ke Pier.. amik angin pantai sat. Layan jiwang. Tenangkan fikiran.

Hari ketiga? Dah taktau nak buat ape...
Lantas petang hari ketiga ini diisi dengan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Setelah agak berabad juga frenster tidak dibuka. Hari ini terbuka juga.



Layout baru nampaknya. Macam lawa. Siap ada added new feature lagi tuh...

Submitting a photo for a friend.

Ntah.. macam tak best. Lagipun bug testimonial lesap juga kelihatan masih wujud. Interface baru tapi still ade unfixed problem.

Apa ceritala frenster ni. Takpelah... tunggulah lagi 2,3 minggu baru buka balik.

Monday, January 10

Kaum

Kaum

Entah beberapa hari lepas, sambil berdiri bosan-bosan kat tempat keje, menunggu customer yang tak kunjung tiba, kitorang berborak-borak la. Selalunya memang borak mende yang tak faedahla atau paling berfaedah pun borak pasal mende keje. Tapi ari tu, tetiba Manan (Nepalese) bawak kuar topik ilmiah sket...

{mode alih bahasa}

Manan: Korang penah rase ape2 masalah perkauman tak?
Me: Maksud ko?
Manan: Ape2 je la yang macam ade bau2 perkauman kat sini, Christchurch.
Me: Hmm, tade kut. Nape ko tanye?
Manan: Aku rase sini la tempat yang paling teruk masalah perkauman sepanjang aku hidup ni..
Me: ek?


Tapi tula, belum sempat dier nak jawab tetiba segerombolan customer datang dan kitorang pun kelam kabut la nak serve sume.. terus lupe pasal citer ni.

"Christchurch, The Garden City of The World Bears Racism Problems."

It doesn't synchronised nicely, isn't it?

Tapi itulah hakikatnya. Walaupun tak semua merasa bahang perkauman itu. Tapi nyata ada segolongan besar manusia yang mengalaminya.

Rally Against Rasicms in May 2004 proven it all.

Kita terpaksa akui, masalah perkauman wujud di mana-mana sahaja. Tidak banyak, sedikit. Namun ia tetap wujud.

Akuilah. Satu fakta yang perlu ditelan pahit. Memang Allah dah jadikan manusia ni berbilang kaum, berpuak-puak, tapi bukan untuk kita jadi berpuak-puak, berpecah-belah dan berburuk sangka antara satu sama lain.

Firman Allah Mafhumnya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Al-Hujuuraat; 49:13


Haa.. itulah yang sebenarnya. Untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra. Bukannya untuk bersu'uzzan, berburuk sangka, 'treat' mereka yang berlainan kaum seolah makhluk asing dan sebagainya.

And the only solution for that is through ISLAM.

ISLAM is the way of life. It is not just another relegion. It is "the relegion".

Islam taslim.

Udkhuluu fissilmi kaafaah... Masuklah kamu ke dalam Islam itu secara keseluruhan.
Jika diambil sebahagian dan ditinggalkan bahagian yang lain, maka tidak lengkaplah Islam itu. Tidak sempurnalah Bangunan yang dibina. Seolah rumah tidak siap, ceracak tiangnya wujud, namun tanpa atap untuk berlindung dari panas mentari dan kuyup hujan.

Siapa yang nahu berlindung dibawahnya?

Islam itu lengkap lagi indah.
Satu lagi kenyataan yang kita tahu dan akui, tapi adakah kita melakukan yang sebolehnya untuk mengangkat martabat Islam pada puncaknya.

Masanya kan tiba. Tapi adakan kita sekadar mahu menjadi pemerhati?

Tak nak join?