Tuesday, June 29

www.euro2004.com

Euro hampir ke penghujung. Dah sampai semi final dah pun. Banyak sangat kejutan yang sememangnya buat orang terkejut.

Laa... dah namenye pun kejutan, memangla orang tekejut, tak gitu?

Tinggal 4 team je.

Greece
Czech
Holland
Portugal

Sape yang bakal menjulang takhta pasukan terhebat Eropah?
Sesame la ktie saksikan.

Tapi dalam kite menyaksikan "live" tu, janganla kite lupe prioriti kite sebagai hamba Allah.

Silela baca komen Pakdi pasal Euro ni kat sini

Pastu baca komen Abu Nur : Bangun malam, antara Euro dan tahajud

Kat NZ ni tape la kut, live start lepas subuh, sape yg slalu bangun lambat tu akan bangun awal untuk tengok live. Walaupun nampak macam tak berape kene, subuh awal sebab nak tengok bola, at least awal jugak solat tu...

Tapi harap dapat kekalkanlah. Bukan semata nak tengok live baru bangun awal.

Kire macam latihan jugak kut...

....

Its easy to smile when your life is full with colours, but the best person is the one that are still willing to smile even when their days are full with tears..

anonymous

So they said...

Senyum? Ape ade dengan senyum? Memang susah ke nak senyum time kite tgh berduka lara? Atau bile kite senyum tu hanyalah suatu petanda yang kita ni hanya 'act tough'? Cuba bermain dengan fikiran dan emosi sendiri yang kita ni 'kuat'?

Apa-apa sajalah...

Tuesday, June 22

Mari Berbalas Pantun

Sesi copy n paste...
Sumber asal tak dapat dipastikan...
Kalau ade sesape tau ni hak milik sape, cakap la ye?


Jangan cinta kerana dia lelaki,
kelak kita akan membenci,
jika dia bukan lelaki yang dicari,
hanya pandai menabur janji.

Jangan dirindu pada paras rupa,
kelak kita akan terseksa,
jika dia tidak sebaik rupanya,
senyumnya manis tipu belaka.

Jangan disayang kerana berharta,
kelak kita hidup menderita,
jika hartanya habis dibelanja,
sukarnya hidup miskin dan papa.

Jangan dikasih kerana dipuji,
kelak kita menagih janji,
jika rupa berkedut dimamah hari,
hilang sudah puji memuji.

Jangan dicari seorang kekasih,
kelak kita akan disisih,
jika kasih luntur bersih,
menangislah diri hidup bersedih.

Jangan disambut salam rindu,
kelak kita menahan sendu,
jika rindu tak dapat disatu,
dimanakah akan kita mengadu.

Jangan dilayan seorang teman,
kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman tidak beriman,
dibakar api dihari kemudian.

Wahai sahabat wahai teman,
carilah dia kerana tuhan,
untuk menambah ceteknya iman,
bekalan diri hidup berteman.

Wahai sahabat wahai teman,
cintailah dia kerana beriman,
dijadikan tuhan sebagai pasangan,
baik buruk ketentuan tuhan.

Wahai sahabat wahai teman,
terimalah dia penuh keihlasan,
andai buruk anggaplah dugaan,
andai baik pujilah tuhan.

Wahai sahabat wahai teman,
ingatlah akan janji tuhan,
isteri yang baik besar balasan,
suami penyabar itulah kemenangan...


Saturday, June 19

MENDE NII??

Hmm..birokrasi..birokrasi.

Tak tahu la plak kalau mesyuarat pasal pertalian darah lagi penting dari nyawa manusia. Bole nak mesyuarat lagi diorang ni.
Tak pasal-pasal ada nyawa tak bersalah melayang.

Semua sebab birokrasi.
Mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat.


Baca artikel penuh


Di saat waktu berhenti,
Kosong,
Dimensi membutakan mata,
Memekakkan telinga.

Lalu diri jadi hampa,
Saat paradigma dunia
Taklagi digunakan untuk menerpa.

Sedarku akan hadirmu,
Mematahkan sendi-sendi,
Biasanya yang tegak berdiri...

Friday, June 18

Hobi baru...

Despite having to sit three consecutive exams paper in the next few days, I have found myself a new hobby.

Guess what?

Pegi melawat blog-blog orang dan membaca entri-entri yang sememangnya menarik. Pengalaman orang, memangla menarik. Semalam je dah bape banyak web blog yg dilawati, sampai dah tak teringat berape banyak. Sambung lagi pagi ni. Dari lepas subuh sampai la pukul 11 la ni. Baru la teringat nak update blog sendiri. Heh!

Tapi biasenye memang jarang la kesan-kesan lawatan itu ditinggalkan kecuali memang terase macam nak komen. Biasenye cume bace jela ape yang dipaparkan di papan skrin tu.

Hmm.. bukanla bermaksud sebelum ni tak rajin nak g melawat blog orang, tapi sejak study leave ni makin menjadi-jadi lak. Macam takde exam je gamaknya.

Selain blog-blog yang ade di'link'kan kat blog ni, seronok jugak melompat-lompat dari blog ke blog tanpa arah tuju. Masuk je blog sesape dan baca. Ade gak pegi geng jurnal nye database dan memulakan lompatan dari situ. Hehe..

Kadang-kadang tu tergelak sorang-sorang. Kadang-kadang tu macam simpati gak dengan nasib-nasib bloggers sekalian. Tumpang gembira dan sebagainya. Kadang-kadang tu cam terase rindu lak kat Malaysia, lebih-lebih lagi bile bace Gath Geju n cerita-cerita yang berkenaan dengan tempat-tempat yang biase dikunjungi, ade kenangan dan lain-lain.

Hmm.. ade lagi 17 bulan la rasenya nak balik KL. Lain la kalau parents ter'chenta' nak support tiket pegi balik.

Bermimpi je kut...

Wednesday, June 16

Assolatu Khairun min?

Haa... sile jawab soalan di atas.
Pilihan jawapan seperti berikut...

a)an-naum
b)pegi pasar malam
c)main X-Box/PS2
d)tolong mak di dapur

Haa... jawab jangan tak jawab.

Kalau korang jawab "a)", adakah anda yakin jawapan anda itu memenuhi piawai? Tapi yang pasti kalau jawab dengan pilihan jawapan ini sahaja. CONFIRM! Korang lulus PAFA time SPM dulu.

Tapi cemane la plak dengan pilihan jawapan yang lain? Haa tepuk dada dan tanyalah iman dan ilmu masing-masing.

Mana boleh tepuk dada tanya selera, tak ikut peredaran zaman la korang ni.

Orang Arab dedulu ade cakap...

"Al-ilmu bilaa 'amalin kassyajari bilaa thamarin..."
Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah...

Pokok yang tak berbuah, buat ape tanam lagi. Tebang jela. Buat menyemak pandangan je. Bukan ade hasil pun. ( ni kire kes pokok yang berbuah jela, kalau jenis pokok tu memang tak berbuah jangan la plak korang tak pepasal g tebang... kes naya tu)

Same la dengan manusia atau dikenali ngan orang cam kite-kite ni. Bukan takde ilmu, tapi tak nak amal ilmu tu.

Ni yang sedih ni. Baca 80% orang melayu-islam tak solat lima waktu

Hmm.. sejauh mana ketepatan statistik tu, Wallahua'lam. Tapi manakan pokok bergoyang kalau takde angin.

Hmm.. memang susahla nak bentuk masyarakat madani kalau camni.
Islam Hadhari? Hmm.. cukuplah nak kelirukan orang yang kurang ilmu bab-bab camni...

Salah siapa? Tepuk dada tanya iman dan fikirkan peranan kita masing-masing sebagai orang Islam di muka bumi Allah ni.

"setiap dari kamu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan atas apa yang kamu pimpin..."

Haa.. duk bace ni dah pegi solat belum?

Monday, June 14

Chempiang?


I've paid my dues
Time after time
I've done my sentence
But committed no crime
And bad mistakes
I've made a few
I've had my share of sand
Kicked in my face
But I've come through
And I need to go on and on and on and on

We are the champions - my friend
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world

I've taken my bows
And my curtain calls
You've bought me fame and fortune
And everything that goes with it
I thank you all
But it's been no bed of roses no pleasure cruise
I consider it a challenge before the whole human race
And I ain't gonna lose
And I need to go on and on and on and on

We are the champions - my friend
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world

We are the champions - my friend
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions
~~~~~~~~~~~~~
We are the Champion
by Queen
~~~~~~~~~~~~~


Arghh!! I've just becoming obsessed with this uploading song thingy... Sigh!
I was just about to start 'main-main' with my notes when this song came out from my computer speaker, with the screen of Winamp 5.03 Freddy vs Jason's skin... huh!

So I decided to stop looking at the plain notes and instead, staring at the computer screen.

Nanti sambung bace balik la ye notes sekalian...Ni sume pasal game France England tadi la ni... kan dah ternaik semangat.

A great game indeed, except for the injury time. France deserved the win, but personally I dont think thats the way the Englishmen should lose.


2 goals in the range of 2 minutes and thus makes the opening goal by Lampard meaningless. Although Lampard should be personally proud as he scored where others failed to do so for the last 1000++ minutes of France game, it seems to be meaningless and yet very very painful for the England squad.

A draw would be a much more better result. Read the full match report here.

Hmm... gotta study now. My notes are waiting for me.
Hey! Wait for me... I'm coming now...

Wednesday, June 9

Is there a day without exam?

"Life is a constant battle, so we have to go extra mile and press on..."

Baru abis satu test semalam. Hows the test? Better don't ask. Let bygone be bygone. What past is past.

Ceh! Macam orang yang kecewa sangat la plak. Huhu... Bukan ape, memang tak tahu nak cakap macam mane. I know that I could have done better, but for now let's just pray for the best and be prepared for the upcoming examinations.



Study, study! Jangan malas-malas.

Bercakap pasal exam, satu perkara yang tak sudah-sudah. Dari sekolah rendah sampai la sekarang ni, memanjang ade jela exam tu. Neverending. Non-stop. Yang akademik tu dah tentu. Tapi yang non-academic ni, yang setiap hari berlaku dalam hidup kita. Cuma samada sedar atau tak je.

Exam = test = ujian = masalah dan sebagainya.
Buka jela thesaurus di sebelah anda untuk perkataan yang lain.

Setiap hari kita akan jumpa dan berdepan dengan masalah yang perlu diselesaikan. Ujian untuk tentukan samada kita ni mampu atau tidak untuk berdepan dengan masalah yang kita hadapi tu.

Dan ujian tu datang dalam pelbagai bentuk. Orang kaya dengan problem diorang. Orang politik dengan masalah masing-masing. Student kita ni dengan krisis study, identiti, percintaan (mungkin..) dan macam-macam lagi.

Hari-hari yang berlalu perlu ditempuh. 24-7. No escapism. Nak atau tak nak. Dia tetap akan datang. Terpulanglah kepada individu untuk meng'handle' dengan cara-cara masing-masing.

Tapi yang pasti, ia tetap akan hadir.

Semoga apabila mata dicelik pada saban pagi, "Hari ini akan lebih baik dari semalam..."

Hari baru, semangat baru dan sudah pasti..ujian dan cabaran yang baru.

Monday, June 7

Priority...

Instead of looking at the notes and studying...
I'm stucked in front of this LCD monitor, updating JPAcanter fotopages...
Click here to read the report and browse thru some uploaded photos.

Legal Environment of Bussiness...
Why don't i feel like studying?
Where's my priority here?

NZ Legal System and Law of contract...
Huh! Gotta study now...
Wish me luck in the exam tomorrow.

Sunday, June 6

Jadi Ke?

Takde kene mengene pun. Saje suke-suke nak letak lirik ni.

Macam banyak lak nasihat. Lagi-lagi untuk kengkawan se-remaja yang dah pandai bercinta sekarang ni.

Frust. Sakit hati n etc sumenye untuk yang the so called "Yang Tersayang..."

Berbaloi ke? Is it worth all the pain and sacrifices? Everyone has their own answer.

Lumrah manusia...



Entah Jadi Entahkan Tidak

Tidak mengira manusia sama saja,
Di dalam diam ada hati ingin bercinta,
Orang Muda menanggung rindu,
Orang lama menanggung ragam,
Carilah pilihlah yang sepadan.

Jika bercinta jangan hanya ikut rasa,
Guna akal guna fikiran berwaspadalah,
Sesal dahulu pendapatan,
Kemudian tidak berguna,
Terlajak tindakan merana.

Mata bertentangan mata,
Bak minyak di sambar api,
Janganlah asyik bercinta
Semua kerja tak jadi.

Sepakara usah lupa,
Memohon izin doa restu, saudara, ayah, ibu...

Berenang-renang di muara,
hati-hati di lambung ombak,
Dah berzaman asyik bercinta,
Entahkan jadi entahkan tidak.

Disebut-sebut peribahasa,
Habis manis sepah di buang,
Usahlah begitu hendaknya,
Terlanjur bercinta berkekalan.


-Dato SM Salim & Sheila Majid-

Dengarla ye nasihat orang-orang tua ni. Banyak pengalaman...

Thursday, June 3

Tido...

Tak leh nak tido. Ade ke g dinner kul 12.30 tengah malam?

Memang la masyuk... memang best je tdo lepas makan ni. Tapi macam tak best utk digestion kn?

Medic students outta there. Explanation please...

Jadi? Melepakkan diri membrowse blog-blog orang sambil berchatting menghabiskan masa di dunia maya pada ketika ayam-ayam telah nyenyak tido untuk mengejutkan orang bangun subuh pada dinihari.

Dah lama tak dengar ayam berkokok. Bile last balik kampung a? Ntah.. tak teringat la plak.
Eh jap, kampung aku pun kat BANDARAYA Singapura. Bile mase lak nak dengar ayam berkokok ni?


//ayam oh ayam...


Summer ni insyaAllah tak balik. Summer tahun depan kut. Adela lagi setahun setengah.

Takpe ayam-ayam jantan sekalian. Akan ku pulang jua untuk mendengar kokokan kalian kelak. Sabar ye...

p/s: ni la akibatnye menulis dalam keadaan mental dan fizikal yang tidak stabil.. hahaha

Wednesday, June 2

BULI...

Inilah nasibku,
anak perantauan,
jauh di panghujung dunia.
demi ilmu setitis cuma...


Atau lebih mudah ditafsirkan begini

dah duduk jauh2 dari Malaysia ni, nak semua dari Malaysia tu kite lambat tahu. Dan itu termasuklah dalam bab menonton filem-filem Melayu yang bile jauh-jauh ni baru terase nak tengok...

Tapi, filem Buli ni lain sket. Dah banyak sangat dah dengar cerita,komen,pujian yang best-best pasal filem ni. Ish! Tak sabar rasanye nak tengok crite nih...



Dan hajat besar tu terkabul. Hari Isnin lepas dapat parcel dari Malaysia. Birthday present. VCD ori Buli telah turut dikirimkan sama sebagai hadiah...

Time Kasih. Mak,ayah n all in M'sia.

Ade lab test. Programming. VB. Sepatutnye macam susah, tapi seperti telah dimudahkan. 25 minit boleh jadi 10 minit je. Rase macam tak berbaloi je struggle study...

Eh, tak berbaloi ek study rerajin?

Abis test barula g layan Buli kat X-box Krol. Takyahla nak komen pepanjang. Dah basi sangat rasenye nak komen. Cukupla cakap... "its worth watching, Afdlin had make an absolutely good movie here."

Banyak pengajaran dan iktibar yang perlu diambil. Dalam gelak-gelak tu, jangan lupe nilai-nilai yang nak disampaikan. Tak gitu? =)