Wednesday, June 16

Assolatu Khairun min?

Haa... sile jawab soalan di atas.
Pilihan jawapan seperti berikut...

a)an-naum
b)pegi pasar malam
c)main X-Box/PS2
d)tolong mak di dapur

Haa... jawab jangan tak jawab.

Kalau korang jawab "a)", adakah anda yakin jawapan anda itu memenuhi piawai? Tapi yang pasti kalau jawab dengan pilihan jawapan ini sahaja. CONFIRM! Korang lulus PAFA time SPM dulu.

Tapi cemane la plak dengan pilihan jawapan yang lain? Haa tepuk dada dan tanyalah iman dan ilmu masing-masing.

Mana boleh tepuk dada tanya selera, tak ikut peredaran zaman la korang ni.

Orang Arab dedulu ade cakap...

"Al-ilmu bilaa 'amalin kassyajari bilaa thamarin..."
Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah...

Pokok yang tak berbuah, buat ape tanam lagi. Tebang jela. Buat menyemak pandangan je. Bukan ade hasil pun. ( ni kire kes pokok yang berbuah jela, kalau jenis pokok tu memang tak berbuah jangan la plak korang tak pepasal g tebang... kes naya tu)

Same la dengan manusia atau dikenali ngan orang cam kite-kite ni. Bukan takde ilmu, tapi tak nak amal ilmu tu.

Ni yang sedih ni. Baca 80% orang melayu-islam tak solat lima waktu

Hmm.. sejauh mana ketepatan statistik tu, Wallahua'lam. Tapi manakan pokok bergoyang kalau takde angin.

Hmm.. memang susahla nak bentuk masyarakat madani kalau camni.
Islam Hadhari? Hmm.. cukuplah nak kelirukan orang yang kurang ilmu bab-bab camni...

Salah siapa? Tepuk dada tanya iman dan fikirkan peranan kita masing-masing sebagai orang Islam di muka bumi Allah ni.

"setiap dari kamu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan atas apa yang kamu pimpin..."

Haa.. duk bace ni dah pegi solat belum?

No comments: