Wednesday, June 2

BULI...

Inilah nasibku,
anak perantauan,
jauh di panghujung dunia.
demi ilmu setitis cuma...


Atau lebih mudah ditafsirkan begini

dah duduk jauh2 dari Malaysia ni, nak semua dari Malaysia tu kite lambat tahu. Dan itu termasuklah dalam bab menonton filem-filem Melayu yang bile jauh-jauh ni baru terase nak tengok...

Tapi, filem Buli ni lain sket. Dah banyak sangat dah dengar cerita,komen,pujian yang best-best pasal filem ni. Ish! Tak sabar rasanye nak tengok crite nih...



Dan hajat besar tu terkabul. Hari Isnin lepas dapat parcel dari Malaysia. Birthday present. VCD ori Buli telah turut dikirimkan sama sebagai hadiah...

Time Kasih. Mak,ayah n all in M'sia.

Ade lab test. Programming. VB. Sepatutnye macam susah, tapi seperti telah dimudahkan. 25 minit boleh jadi 10 minit je. Rase macam tak berbaloi je struggle study...

Eh, tak berbaloi ek study rerajin?

Abis test barula g layan Buli kat X-box Krol. Takyahla nak komen pepanjang. Dah basi sangat rasenye nak komen. Cukupla cakap... "its worth watching, Afdlin had make an absolutely good movie here."

Banyak pengajaran dan iktibar yang perlu diambil. Dalam gelak-gelak tu, jangan lupe nilai-nilai yang nak disampaikan. Tak gitu? =)

No comments: