Tuesday, November 30

Kerdipan mata

KERDIPAN MATA




Thursday, November 25

Kau dan Aku

KISAH KAU & AKU

Dulu, ketika kau masih belum remaja
Aku, laksana teman karibmu
Dengan berwudhu', Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau bawa, kau junjung dan kau letakkan di atas rehal
Aku, kau baca saban hari malam atau siang
Aku, kau dakap dan kau kucup mesra sebelum kau simpan

Kini, kau sudah dewasa
Hubungan di antara kita tidak semesra dulu lagi
Kau seperti tidak lagi ingin hampir padaku
Aku menjadi bahan usang yang jarang lagi kau sentuh
Apa lagi untukku harap kau dakap, junjung maupun kau kucup mesra
Aku, kau biarkan sendirian

Kini, Aku kau simpan entah di mana
Mungkin di celah-celah buku-bukumu yang lain
ataupun di tepi meja di kamarmu
sehingga kau lupa di mana Aku telah kau letakkan
Ada kala, Aku sudah kau anggap hanya layak meengisi setormu saja
Ada ketika, Aku hanya dijadikan sekadar hantaran perkahwinan
Mungkin supaya keluargamu dianggap kuat iman
Atau lebih dahsyat
Aku hanya kau buat sebagai tangkal untuk menghalau iblis dan syaitan

Kini, Aku lebih banyak tersingkir daripada kehidupanmu
Aku kau biarkan sendirian dan kesepian
Di dalam almari, di dalam laci
Atau di tempat yang kau sendiri sukar lihat
Aku, kau pendamkan dari pandangan dan kegunaan

Wahai teman
Jika Aku kau baca selalu dan kau hayati
Di kuburmu nanti
Aku akan pasti datang sebagai pemuda gagah tampan
Membantumu membela diri
Dalam perjalananmu menuju ke alam akhirat
Kerana Akulah "Al- Qur'an", kitab sucimu
Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu

Peganglah Aku kembali
Bacalah Aku setiap hari
Ayat-ayat yang ada padaKu adalah ayat-ayat suci
Yang berasal daripada Allah Azzawajalla
Tuhan Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Perkasa
Yang disampai oleh Jibril kepada RasulNya

Keluarkanlah Aku segera daripada almari dan lacimu
Letakkanlah Aku sentiasa di atas meja di tempat kerjamu
Agar engkau akan sentiasa mengingatkan Tuhanmu
Apabila terpandang dan membacaKu

Sentuhilah Aku kembali
Baca dan pelajari
Pada setiap pagi, tengah hari, petang dan malam hari
Walaupun hanya beberapa ayat kau hayati

Ingat ketika dulu
Masa kau masih kecil
Ketika itu di rumah tok guru
Atau di surau kecil di kampungmu yang terpencil

Jangan lagi kau biarkan Aku sendiri
Hidupmu tanpaKu dalam suasana bisu dan sepi...



Credit to the unknown writer. Edited a bit by me.

Tersentak sebentar bila membacanya. Harap anda jua begitu. Tersedar dari kelalaian duniawi sementara.

Warattilil QURAAN tartiilaa...

Monday, November 22

Tukar ke tak?

NAK TUKAR, TAK NAK TUKAR.. NAK TUKAR, TAK NAK TUKAR...

Niat di hati tu memanglah nak tukar layout ni.
Ya lah. Layout ni sementara jek sebenarnye.

Layout yang lama tu cam dah bosan. Nak buat yang baru lagi cam malas jek..

Tapi rasa-rasanya camne ya?

Saturday, November 20

Aidilfitri di perantauan

AIDILFITRI DI PERANTAUAN

Beraidilfitri di perantauan tidaklah seteruk yang disangka.
Bolehla kata "Indah rupa dari khabar..."

Kalau yang dirindui itu makanan tradisional Melayu, maka tiada apa yang perlu dirisaukan, semuanya tersedia.

Dari lemang ke nasi impit.
Dari rendang ke sate.
Dari tart nanas ke London Almond.

InsyaAllah, semuanya ada!
MasyaAllah, banyaknya tak terkira!

Ramai sahaja orang akan ajak datang bertamu ke rumah.

"Hari sabtu ni rumah I pulak ya!"
"Jangan lupa datang hari Ahad ni rumah Uncle,"
"Kedai kakak tutup pukul 2 tau, lambat habis."


Meriah jugalah.

*****

Namun sebenarnya yang dirindui bukan itu semua.

Berkumpul bersama di pagi mulia.
Bersalaman, memohon kemaafan dari ibu bapa atas kesalahan yang tak terkira.
Menziarahi kubur arwah. Berdoa, bertahlil mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana; yang kita juga pasti akan menyusul kemudiannya.

Malam raya...
Menelefon keluarga bertanya khabar, berbual panjang. Memohon maaf dari kejauhan.
Menitis air mata mereka yang di sana. Tiada mood katanya untuk beraya.

Sedih.

Yang di sini juga sebak, tetapi semuanya disimpan dalam hati...

Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Saturday, November 13

Dilanda Feminism

Pasti ramai yang terkesima melihat layout ini.

Haa.. apa sudah jadi? PINK? MERAH JAMBU ?
Feminin sungguh... =)

Sekali-sekala menjadi feminin tidak mengapa bukan?

Yalah, tukar langsir baru sempena raya ni. Tak best jugak kalau dok tengok yang tu je kan? Kene berubah la juge sekali-sekala.

Kita perlu perubahan dalam hidup. Perlu ada anjakan paradigma. Mungkin kita berubah kepada yang ekstrim. Tapi siapa tahu itu akan membawa suatu perubahan yang menjurus kepada kebaikan untuk kita? Tiada siapa tahu.

Namun sebenarnya layout baru ini adalah sempena menyambut Nore yang akan kelihatan ayu dalam KEBAYA MERAH JAMBU pada hari raya kali ini.

Nore juga baru tukar layout. Mulanya ingin juga guna layout yang sama, biar korang sume terkeliru sket, tapi tak sanggup pula rasanya untuk guna layout yang Nore gune tu. Ia tersangatlah EKSTRIM. Lantas layout yang sama diubahsuai untuk kelihatan seperti sekarang ini. Rasa-rasanya OK tak?

Syabas Nore sebab berjaya tukar warna favourite kau dari HITAM ke MERAH JAMBU.

Dan, layout ini juga dilancarkan untuk memberi special tribute buat seorang sahabat baik yang warna kegemarannya adalah merah jambu dan akan menyambut lebaran jauh dari keluarga buat pertama kalinya. Dan yang pasti ianya bukan Nore.

You know who you are...



Maka dengan ini secara rasminya saya mengisytiharkan " Pinkish Period " bermula dan akan ditamatkan pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Sekian.

~~~~~~~~~~~~~


Salam Idulfitri buat semua.
Rasanya sepuluh jari tidak cukup untuk disusun dan memohon kemaafan dari semua.

Semoga lebaran kali ini membawa suatu keceriaan kepada kita.

Namun dalam kita bergembira bersama keluarga, jangan sekali kita lupa akan saudara-saudara kita di Palestin, Iraq dan sebagainya yang menyambut Aidilfitri dengan peluru dan bom.

Bersamalah kita berusaha dan berdoa untuk kemaslahatan ummah bersama. InsyaALLAH.
Minalaidil walfaaiziin
&
Maaf Zahir Batin


Wassalam.

Monday, November 1

Ketenangan

KETENANGAN

STAT111 - Statistics
ECON105 - Introduction to Macroeconomics
AFIS122 - Roles and Contexts of Accounting Information
AFIS151 - Legal Environment of Businesses

Time-time exam period camni memangla ketenangan tu suatu perkara yang amat-amat diperlukan. Ketenangan hati mahupun fikiran.

Buat rakan-rakan yang pulang untuk berAidil Fitri di kampung halaman, pasti sudah lama terbayang-bayang suasana desa tercinta.

Suara adik-adik riang gembira melihat kepulangan kakak tercinta. Tangisan kegembiraan ibu menatap wajah anak yang dikasihi pulang. Berbuka bersama keluarga. Bertarawih di surau. Bersalaman memohon ampun di pagi mulia. Melawat sanak saudara dan berbual mesra.

Pasti semua itu menjadikan hati tidak sabar-sabar untuk pulang.

Samada ia dapat menjadikan hati lebih tenang untuk peperiksaan atau tidak, itu kurang periksa pula. Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Namun yang pasti,

"Alaa bizikrillahi tatmainnul quluub..."
Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan tenang.

Zikrullah, tilawatulquran, qiyamullail. InsyaAllah akan dapat menenangkan hati dan fikiran. Lagi-lagi dalam penghulu segala bulan ini.

p/s: Kat blog Nore die load lagu Croatian Rhapsody. One of my fav song gak. Ingat nak load lagu tu. Tapi nanti ape pulak dier cakap kn? So Bohemian Rhapsody pun ok gak rasenye.. ye la.. untuk tema ketenangan sekarang nih... ok kut?

Wish me luck for my last and "hardest" paper on this Friday.