Saturday, November 20

Aidilfitri di perantauan

AIDILFITRI DI PERANTAUAN

Beraidilfitri di perantauan tidaklah seteruk yang disangka.
Bolehla kata "Indah rupa dari khabar..."

Kalau yang dirindui itu makanan tradisional Melayu, maka tiada apa yang perlu dirisaukan, semuanya tersedia.

Dari lemang ke nasi impit.
Dari rendang ke sate.
Dari tart nanas ke London Almond.

InsyaAllah, semuanya ada!
MasyaAllah, banyaknya tak terkira!

Ramai sahaja orang akan ajak datang bertamu ke rumah.

"Hari sabtu ni rumah I pulak ya!"
"Jangan lupa datang hari Ahad ni rumah Uncle,"
"Kedai kakak tutup pukul 2 tau, lambat habis."


Meriah jugalah.

*****

Namun sebenarnya yang dirindui bukan itu semua.

Berkumpul bersama di pagi mulia.
Bersalaman, memohon kemaafan dari ibu bapa atas kesalahan yang tak terkira.
Menziarahi kubur arwah. Berdoa, bertahlil mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana; yang kita juga pasti akan menyusul kemudiannya.

Malam raya...
Menelefon keluarga bertanya khabar, berbual panjang. Memohon maaf dari kejauhan.
Menitis air mata mereka yang di sana. Tiada mood katanya untuk beraya.

Sedih.

Yang di sini juga sebak, tetapi semuanya disimpan dalam hati...

Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

No comments: