Sunday, October 10

Peluangnya sama, Natijah berbeza

Peluangnya sama, Natijah berbeza

Ramadhan, satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama, natijah berbeza.

Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa di awal zaman.
Ramadhan kami malang terbuang,
Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatanganmu,
Kami gembira dengan pemergianmu.
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran,
Tapi malam kami muram berkabung dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrufat,
Tapi kami lesu diburu nafsu,
Hati mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga....



Asal-usul wording kat banner atas tuh... Ramadhan 2 zaman oleh The Zikr yang time ni blum popular dgn nama Raihan lagi, kire album Syukur belum keluar kat pasaran lagi...

Setiap kali nak masuk bulan puasa je mesti teringat kat lagu ni. Takdelah event mnarik yg boleh diassociatekan dengan lagu ni.. cume maybe sebab lirik dier sangat menarik hati... Tau lagu ni pun sebab dulu penah bawak time nasyid dulu-dulu, time budak-budak lagi.. (Huh, nasyid rupenye aku ni dulu? :D )

Namun tu semua tak penting, yang penting kita bersame-same hayati lirik kat atas tuh. Majoritinya begitulah. Tapi hendakkah kita tergolong dalam golongan kebanyakan itu. Bersama kita merenung dan menghisab kembali diri memasing.

Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu?

Cukupkah amalan kita untuk dibawa ke sana?

Dan yang paling penting bukan time bulan mulia ni saje kite buat bende-bende baik yang insyaAllah kita tak buat time bulan-bulan yang lain... Tapi kite jadikan bulan ini sebagai bulan latihan. Bulan persiapan untuk kita hadapi 11 bulan mendatang yang pastinya penuh dengan godaan syaitan dan cabaran nafsu yang menggila.

Janganlah menjelang je 1 syawal sumenye hilang.

InsyaAllah tak. Kan? :)

Bersama kita mengingatkan sesama sendiri... fitrah manusia tu memang pelupa, tak boleh nak buat camne dah...

No comments: