Friday, October 8

E-novel

Petang tadi, sambil-sambil menunggu waktu maghrib untuk berbuka puasa, tersesat ke satu laman e-novel yang menggunakan konsep blog jugak.

Sekali baca, hati sudah terpaut. Lepas Isya' terus kuhabiskan membaca.

"Heh, tak study lagi la nampaknya malam ni"

Mungkin plot ceritanya agak biasa. Tapi cara olahannya itu sungguh menarik. Wujud unsur-unsur suspen, dramatik, puitis dan juga romantis. =) Dah lama sebenarya tak membaca novel novel berbahasa melayu nih. Yelah.. manakan dicari novel-novel seperti itu di sini... Belum ada pasaran gamaknya... bahasa Maori adalah kut...

Sekali lagi tapi... yang paling menarik (ini pendapat peribadi ye?) adalah cara olahan penulis menyulamkan unsur-unsur dakwah, gaya pergaulan dalam islam yang sebenar dengan unsur-unsur "harus ada" pada novel-novel kategori remaja + jiwang.

Namun ini bukanlah suatu novel remaja + jiwang biasa yang anda boleh dapati dengan mudah di toko-toko buku; tempatan mahupun antarabangsa. Cubalah baca kerana ianya bukan sahaja free, namun amat menarik...

Klik kat bawah ni kalau nak mula baca...
Relevankah Aku di Hatimu?

p/s: "Ceh! promote dan komen macam banyak je bace novel... hehe"

No comments: