Tuesday, October 12

Happy Birthday to me

HAPPY BIRTHDAY TO ME

:: edisi mencari publisiti murahan ::

Penulis blog ini dilahirkan pada tanggal 29 Mei, genap 11 tahun selepas pemergian Tan Sri P. Ramlee ke pangkuan Allah S.W.T.

Al-fatihah untuk beliau.

Penulis juga merasa berbangga dan sukacita kerana dilahirkan pada tahun yang sama dengan kelahiran kompeni otomobil negara yang pertama, PROTON.

Juga tidak ketinggalan merasa bertuah dengan kelahiran syarikat telesiar privat yg pertama di Malaysia bumi tercinta pada tahun yang sama. Kerna lahirnya siaran-siaran bermutu seperti Al-Kuliyyah, Jejak Rasul dan sebagainya.

Namun kehadiran banyak rancangan yang melaghakan mungkin menyebabkan penulis merasa sebaliknya.

.....
......
.......
........
.........

Tetapi hari ini penulis menyambut ulangtahun usianya yang ke 21. Dilahirkan pada 1984 namun hari ini mencapai usia 21 pada ketika tahun 2004 masih belum melabuhkan tirainya.

2004-1984=21?

Tidak pelik tapi benar.

::edisi tamat::

Apakah tarikh hari ini? Pasti ramai yang menjawab 12 oktober, 13 oktober etc.. bergantung pada tarikh anda membacalah.

Namun pasti ramai dan mungkin tiada yang akan menjawab 27 Syaaban, 28 etc.. (memang diakui, ramai yang akan kantoi, termasuklah diri ini.. hehe )

Dilahirkan pada 27 Syaaban 1404. Maka apabila mencecah 27 Syaaban 1425, maka 21 tahunlah ia.

Bukankah begitu?

Memanglah kita dibesarkan dalam suasana dunia barat telah menjajah pemikiran kita. Maka, mahu tidak mahu kita perlu mengikut kalendar Gregorian itu. Tetapi janganlah sekali kita melupakan akan kalendar hijriah itu.

Saidina Umar r.a tidak memilih tarikh hijrah sebagai tarikh permulaan kalendar Islam begitu sahaja, atau tanpa tujuan yang khusus. Hijrah dipilih supaya umat Islam sentiasa mengingati peristiwa hijrah itu dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Hijrah dari yang batil kepada yang benar. Dari yg baik kepada yang lebih baik.

Begitulah hendaknya.

Hmm.. berape ramai kat sini yang ingat tarikh lahir dalam kalendar Islam?

InsyaAllah. Ramai tu..

No comments: