Seven Requests...
Seven Requests
Munkin ramai yang tak perasan entri Layarku tu sebenarnya dialog dari PGL.
Ya! Demam Puteri Gunung Ledang dah melanda Christchurch yang populasi Melayunya dah berkurangan lebih 70 peratus sejak bulan Ramadhan kelmarin. CD yang dikirim dari Malaysia itu dah berpindah rumah.
Dialog yang saya rasakan klasik lagi puitis. Maka, agar ianya tidak hilang ditiup angin atau laksana masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sedikit usaha telah dilakukan untuk menaipnya. Heh!
Tapi tujuh permintaan Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka ni tak pastila pula sebabnya mengapa ianya juga direkodkan. Mungkin sebab suara latar belakangya kut!! =)
air mata dara yang tidak berdarah
tujuh tempayan banyaknya
jawapannya tujuh tempayan air mata anak dara sunti
Kedua
pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua,
merah darahnya tujuh tempayan banyaknya
jawapannya tujuh tempayan air pinang muda
ketiga merangkak bebas didataran,
darah juga kehendaknya,
sifatnya tujuh dulang banyaknya
jawapannya tujuh dulang hati hama.
keempat
terbang bebas diudara
darah juga kehendaknya
sifatnya tujuh dulang banyaknya
jawapannya tujuh dulang hati nyamuk
kelima
darah putih rakyat
untuk menambat darah kuning dari tapak ke takhta
jawapannya jambatan perak dari melaka ke puncak gunung ledang
keenam
darah merah rakyat
untuk menambat darah kuning dari tapak ke takhta
jawapannya jambatan emas dari Melaka ke puncak GUnung Ledang
ketujuh
darah seguntang tetap mengalir
badan bersilih menanti
sebatir
jawapannya darah putera mahkota
p/s= minat betul dialog bendahara lepas habis suara latar ni. Yang sebelum PGL tetiba muncul tuh. Cliche gak aa..
No comments:
Post a Comment