Thursday, October 5

Dia yang Ku Rindui

Again, reviving the memories of past, searching for the lost soul...

Entry dated September 23rd, 2004.

Telah lama ku kehilangannya. Dia yang amat kurindui. Sejak kedatangan ku ke sini, beribu batu dari tanah airku yang tercinta, aku sungguh merasakan kehilangannya. Hematku, aku akan boleh hidup tanpanya, tapi apakan daya, tak terdaya untuk diri ini menahan gelodak rindu terhadapnya.

Ah, bilakah detik pertemuan itu? Sekolah rendahkah? Ya, mungkin aku telah berkenalan dengan dia sejak zaman sekolah rendahku lagi, tapi aku pasti yang aku belum cukup mengenalinya. Belum cukup faham dan mengerti akan kehendak sebenarnya...

Aku meningkat remaja. Zaman menengah rendahku, aku bersua lagi dengannya. Dia muncul lagi dalam kehidupanku. Tapi barang sebentar sahaja. Adakah ianya salahku? Tidak cuba untuk mendekatkan diri padanya? Aku tahu aku memerlukannya, tapi mungkin perkenalanku dengannya belum cukup utuh. Belum cukup padu. Mungkin itu yang membuat aku tidak bertahan dengannya. Tidak lama dia berada dalam hatiku. Walaupun aku sedar akan kepentingan dia dalam hidupku. Mungkin belum masanya...

Menengah atas...
Berpindah sekolah. Tawaran sekolah berasrama penuh. Kali ini aku berhubung lagi dengannya. Kadar kekerapan kutambah. Kali ini aku ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Aku ingin tahu sebab dan musababnya. Aku ingin tahu kenapa hati ini sangat-sangat memerlukan dia. Setelah begitu banyak interaksi antara aku dengan dia, aku mula mengerti akan dia. Mula memahami akan hakikat sebenar dia. Hati ini sungguh terpaut. Berharap agar dapat bersamanya sepanjang hidupku. Aku tidak ingin melepaskan dia lagi. Itulah harapan ku ketika itu...

Zaman matrikulasi...
Aku mula mencari-cari kelibat dia sebaik sahaja aku mendaftar. Alhamdulillah, aku berjumpa. Tetapi kali ini ia tidak mudah, banyak cabarannya. Terkadang aku terleka, melupakan dia buat seketika. Dia tidak akan marah, cuma diri inilah yang rugi kerana melalaikan akan dia...

Di perantauan orang ini...
Sebelum ke sini, aku selitkan beberapa tanda hati yang aku rasa boleh mengingat aku akan dia. Tapi hampa. Kutahu kurindukan dia, tapi diri ini seolah tiada semangat untuk mengingati dia. Tanda hati itu terperuk di atas meja. Terkadang aku membukanya. Tapi belum lama, aku meletakkannya kembali. Dia sering bermain di fikiranku, tapi aku lemah. Aku tidak pasti sama ada aku mampu atau tidak. Harapanku ketika sekolah dahulu sering ku ingati, tapi entah kenapa, aku seolah tidak mampu untuk itu...

Ya Allah bantulah hamba Mu ini...
Untuk aku kembali mendekatkan diri kepada dia - perjuangan Mu yang suci, menegakkan kalimah Mu dalam diri ini dan dunia seluruhnya...

3 comments:

sangkuriang said...

adoiii.. sambil menepuk nepuk kepala sendiri.. hahaha.. link lah saya ye bang.. mana tau ada adik manis terpikat ke?.. hoho

Anonymous said...

hai..asyik korek entry lame je..dh kering idea ke..? :p

Assaif S.N said...

kuriang: ye abang dah letak link dah ye... nnt ade la tu adek2 manis terpikat tu, munawwarah ke kn?

diaa: erk, kering jugak laa.. ade nk bg idea ke? :P