Sunday, August 29

its has been long since...

Semalam, genaplah 2 minggu jari jemari ini tidak menekan papan kekunci untuk berblog. Ya, sudah 14 hari tidak diupdate!

Ada yang bertanya, " ke mana menghilang? " , " Nape dah lame tak update? "

Namun, aku sendiri tidak pasti akan jawapan yang sebenarnya.

Bosankah?
Hmm...bosankah? Bosan ke menulis ni?

Mungkin tiada idea?
Ah, banyak saja perkara yang boleh dituliskan, yang boleh dibicarakan.

Mungkin juga aku sibuk kebelakangan ini. Assignment dan test. Masuk cuti berlatih untuk Malam Mesra pula.
Tapi tidaklah sesibuk mana. Ada sahaja masa untuk Xbox, TV, chat etc.

Merajuk?
Haha.. tak reti la plak nak merajuk-rajuk ni. Out of question... Hehe

Huh entahlah. Mungkin tiada mood?
Tiada mood? Hmm.. mungkin juga...

Cuti winter sudah seminggu berlalu. Tinggal lagi seminggu untuk berehat; dari tiada kelas dan tutorial. Buka sahaja cuti, rakan tercinta yang bernama En. Peperiksaan menanti. Rindu agaknye. Hehe...

Seminggu ini juga ahli rumah dah bertambah dari 4 ke 5, namun untuk sementara sahaja. Rakan dari Wellington turun untuk berehat. Nak merasa pengalaman salji katanya. Jadi sempatlah mencuri peluang dan untuk berski di Potter Hutt. Pengalaman pertama. Sakit-sakit badan jatuh, tapi seronok. Terasa macam penglaman nak belajar berjalan pula...

Difficult, but again it was really fun and exciting...
Hope can be there again next year. Hopefully...





No comments: