Now I Do
Tuesday, August 31
Sunday, August 29
its has been long since...
Semalam, genaplah 2 minggu jari jemari ini tidak menekan papan kekunci untuk berblog. Ya, sudah 14 hari tidak diupdate!
Ada yang bertanya, " ke mana menghilang? " , " Nape dah lame tak update? "
Namun, aku sendiri tidak pasti akan jawapan yang sebenarnya.
Bosankah?
Hmm...bosankah? Bosan ke menulis ni?
Mungkin tiada idea?
Ah, banyak saja perkara yang boleh dituliskan, yang boleh dibicarakan.
Mungkin juga aku sibuk kebelakangan ini. Assignment dan test. Masuk cuti berlatih untuk Malam Mesra pula.
Tapi tidaklah sesibuk mana. Ada sahaja masa untuk Xbox, TV, chat etc.
Merajuk?
Haha.. tak reti la plak nak merajuk-rajuk ni. Out of question... Hehe
Huh entahlah. Mungkin tiada mood?
Tiada mood? Hmm.. mungkin juga...
Cuti winter sudah seminggu berlalu. Tinggal lagi seminggu untuk berehat; dari tiada kelas dan tutorial. Buka sahaja cuti, rakan tercinta yang bernama En. Peperiksaan menanti. Rindu agaknye. Hehe...
Seminggu ini juga ahli rumah dah bertambah dari 4 ke 5, namun untuk sementara sahaja. Rakan dari Wellington turun untuk berehat. Nak merasa pengalaman salji katanya. Jadi sempatlah mencuri peluang dan untuk berski di Potter Hutt. Pengalaman pertama. Sakit-sakit badan jatuh, tapi seronok. Terasa macam penglaman nak belajar berjalan pula...
Difficult, but again it was really fun and exciting...
Hope can be there again next year. Hopefully...
Posted by Assaif S.N at 3:35 pm 0 comments
Saturday, August 14
Menu Untuk Hari Ini
Nasi Tomato 'Riccarton'
Ayam Percik 'Picton'
Mix Vege 'Pak N'Save' Goreng
Keropok Ikan 'Malaysia Mali'


Untuk resepi dan cara memasak dengan lebih lanjut. Sila lawat laman web masakan kegemaran anda.
Atau lebih mudah, gunakan teknik copy n paste ke laman web Google untuk kepuasan maksima.
Selamat Mencuba...
Sekian. Terima Kasih...
p/s - nama-nama khas yg digunakan dalam menu di atas adalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun mati kerna itu semua adalah nama-nama tempat belaka
Posted by Assaif S.N at 10:56 pm 0 comments
Thursday, August 5
Berikut adalah perbualan dengan seorang rakan di Tokyo tidak berapa lama dulu.. Dia kini telah selamat berada di Jeniang, Kedah.
re_code (6:48:05 p.m.): aku baru smpai sini feb taun ni
lakaisolomon (6:49:18 p.m.): wooo
lakaisolomon (6:49:24 p.m.): kire first time nyer winter la ek
re_code (6:49:29 p.m.): iye..
re_code (6:49:43 p.m.): tp ok la kut
re_code (6:49:54 p.m.): sbb sini time summer pun sejuk gak
lakaisolomon (6:49:55 p.m.): ok
re_code (6:49:56 p.m.): huhu
lakaisolomon (6:49:57 p.m.): mmg ok
lakaisolomon (6:49:59 p.m.): wakakaa
re_code (6:50:05 p.m.): psal ko?
lakaisolomon (6:50:05 p.m.): bersiap sedia la ko
re_code (6:50:12 p.m.): hahaha
lakaisolomon (6:50:40 p.m.): negatif nyer suhu
lakaisolomon (6:50:43 p.m.): woooo
lakaisolomon (6:50:46 p.m.): cm nak mati gak la
re_code (6:50:49 p.m.): huhu
re_code (6:51:02 p.m.): tataula cemane nnt
re_code (6:51:07 p.m.): tgk la..
re_code (6:51:14 p.m.): insyaAllah bole survive kut
re_code (6:51:16 p.m.): hehe
lakaisolomon (6:52:16 p.m.): buleh nyer
lakaisolomon (6:52:18 p.m.): ala
lakaisolomon (6:52:20 p.m.): sejuk sket2
lakaisolomon (6:52:24 p.m.): buleh biase nyer
lakaisolomon (6:52:26 p.m.): huhu
re_code (6:52:29 p.m.): tula.
Di kala orang-orang di hemisfera utara berpanas-panas dan mungkin juga seronok bersama kaum keluarga di tanah air, orang-orang di hemisfera selatan bersejuk-sejukan dan berpening-pening dengan bil elektrik yang meningkat dengan mendadaknya dek akibat nak memanaskan keadaan sekeliling.
First winter. This is my first experience of winter... Argh... sejuknye! Mandi pun tak tentu. Kemalasan menjadi-jadi... Antara faktor blog ni dah lame tak update... hehe...
Dah lame sangat tak update blog ni. Rase macam malas ade. Rase macam takde mood pun ade gak. Entahla... Nak kata sibuk takdela sangat. Biasela sibuk student. Assignment.. test pun lambat lagi... tapi tula, sejak peristiwa itu...
Peristiwa 12 Julai yang lepas itu tak perlula rasenye nak dihebahkan ke suluruh alam maya. Biarlah mereka yang tahu itu kekal tahu dengan harapan dihadamkan dalam diri dan tidak dimuntahkan di khalayak umum.
Tapi memang benar, peristiwa itu mengajar seribu satu perkara. Responsibility, stress management, problem solving etc... Sakit kepala... tapi kata orang...
Pengalaman telah mendewasakan,
mematangkan fikiran,
pahit getir yang telah dilalui,
kini ku sedari...
Mintak maaf ye... Bro Op, Sis Zuril, Sis Intuisi dan yang lain-lain kerna masih sudi melawat dan menjenguk teratak hamba walaupun di kala tuan rumahnya acapkali tiada...
Tiada mogok dilancarkan... jangan risau. Jejak langkah Pres. Tok Rimau tak akan diikuti...
Tunggulah...
Posted by Assaif S.N at 12:43 am 0 comments