Monday, September 27

1511

Hits untuk blog ini mencecah 1511.

Terperasan angka itu apabila membuka blog tadi.

1511 adalah susunan nombor yang signifikan untuk kita. Sangat signifikan bukan?

1511 Masihi, Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Bagi sesetengah orang, ianya mungkin sekadar tahun di mana bermulanya kejatuhan Tanah Melayu ke tangan penjajah. Dari Portugis ke Belanda dan kemudian Inggeris. Tidak lupa keperitan penjajahan Jepun selama 3 tahun di tanah air kita.

Tetapi sebenarnya ianya bukan sekadar itu. Bukan sekadar penjajahan suatu negara atas negara yang lain. Malah lebih dari itu. Detik itu menandakan jatuhnya kerajaan Islam di semenanjung Tanah Melayu. Menyaksikan bermulanya penjajahan budaya dan pemikiran barat ke atas sebuah lagi tanah Islam. Kali ini di nusantara. Dan misi-misi missionary Kristian bermula, bertapak dan semakin kukuh hingga ke hari ini.

Mungkin kita tidak sedar tentang perkara ini. Dan jika kita sedar, apakah peranan kita? Sekadar tunggu dan lihat. Melihat semakin banyak anasir-anasir kristian dan yahudi bertapak dalam hati dan jiwa raga umat islam?

Karya Faisal Tehrani, 1511[H] Kombat kedengaran seperti sebuah novel berkaitan yang mantap. Dengar-dengarnya seolah begitu menarik. Sebuah novel sequel. Teringin benar rasanya membaca karya ini.

Takpelah, call umah kejaplah. Mintak tolong hantarkan. Hehe...

Thursday, September 23

Dia yang Kurindui...

Telah lama ku kehilangannya. Dia yang amat kurindui. Sejak kedatangan ku ke sini, beribu batu dari tanah airku yang tercinta, aku sungguh merasakan kehilangannya. Hematku, aku akan boleh hidup tanpanya, tapi apakan daya, tak terdaya untuk diri ini menahan gelodak rindu terhadapnya.

Ah, bilakah detik pertemuan itu? Sekolah rendahkah? Ya, mungkin aku telah berkenalan dengan dia sejak zaman sekolah rendahku lagi, tapi aku pasti yang aku belum cukup mengenalinya. Belum cukup faham dan mengerti akan kehendak sebenarnya...

Aku meningkat remaja. Zaman menengah rendahku, aku bersua lagi dengannya. Dia muncul lagi dalam kehidupanku. Tapi barang sebentar sahaja. Adakah ianya salahku? Tidak cuba untuk mendekatkan diri padanya? Aku tahu aku memerlukannya, tapi mungkin perkenalanku dengannya belum cukup utuh. Belum cukup padu. Mungkin itu yang membuat aku tidak bertahan dengannya. Tidak lama dia berada dalam hatiku. Walaupun aku sedar akan kepentingan dia dalam hidupku. Mungkin belum masanya...

Menengah atas...
Berpindah sekolah. Tawaran sekolah berasrama penuh. Kali ini aku berhubung lagi dengannya. Kadar kekerapan kutambah. Kali ini aku ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Aku ingin tahu sebab dan musababnya. Aku ingin tahu kenapa hati ini sangat-sangat memerlukan dia. Setelah begitu banyak interaksi antara aku dengan dia, aku mula mengerti akan dia. Mula memahami akan hakikat sebenar dia. Hati ini sungguh terpaut. Berharap agar dapat bersamanya sepanjang hidupku. Aku tidak ingin melepaskan dia lagi. Itulah harapan ku ketika itu...

Zaman matrikulasi...
Aku mula mencari-cari kelibat dia sebaik sahaja aku mendaftar. Alhamdulillah, aku berjumpa. Tetapi kali ini ia tidak mudah, banyak cabarannya. Terkadang aku terleka, melupakan dia buat seketika. Dia tidak akan marah, cuma diri inilah yang rugi kerana melalaikan akan dia...

Di perantauan orang ini...
Sebelum ke sini, aku selitkan beberapa tanda hati yang aku rasa boleh mengingat aku akan dia. Tapi hampa. Kutahu kurindukan dia, tapi diri ini seolah tiada semangat untuk mengingati dia. Tanda hati itu terperuk di atas meja. Terkadang aku membukanya. Tapi belum lama, aku meletakkannya kembali. Dia sering bermain di fikiranku, tapi aku lemah. Aku tidak pasti sama ada aku mampu atau tidak. Harapanku ketika sekolah dahulu sering ku ingati, tapi entah kenapa, aku seolah tidak mampu untuk itu...

Ya Allah bantulah hamba Mu ini...
Untuk aku kembali mendekatkan diri kepada dia - perjuangan Mu yang suci, menegakkan kalimah Mu dalam diri ini dan dunia seluruhnya...

Tuesday, September 7

A test over, yet another one's waiting...

AFIS 122:Roles and Context of Accounting Information... escaped two days of classes to study for the test. Just don't know whether its worth it or not. Nowadays, I hardly get satisfied everytime I stepped out from a test room.

But one thing I know, you got what you've worked for. The harder you work the greater the reward or in this case, the better your result will be. So that i know, I really deserved whatever mark that I get...

As in this AFIS 122 test, i only started to really revised the all the chapters (maybe 7 or 8) last night. With so much to be read plus a couple of notes to be really looked at as you have missed a number of lectures, do you expect to do really well? "Huh.. in you dreams..."said my innerself...

But the other side of me kept on saying, "Yes you can do it, I know that you will make it... Even if U dont make it, you have an excuse rite?"

"Hmm... Excuse.. ?"

"Yup, excuse... U have your own excuse rite?"

"Nope, excuses are only for those who make mistakes, repeated mistakes. Thats it! Only losers will take an excuse..."

"Naahh.. It doesn't work that way. You were not feeling well lately rite? Flu, cold, headache, sore throat. it all Its not that you were lazy to study or s'thing. Now that's your excuse."

"and I should take that as an excuse?"

"yah.. I bet sure you will... if the condition fits somehow"

"and what make you think I will do that?"

"... just wait and see..."

"Hmm... we'll see..."

Arguments between heart and mind maybe? Hehe.. I don't know. You guess...

Monday, September 6

The Word of Islam ?

The Most Selfish One-Letter Word
"I"
Avoid It
Surah Al Kahf 18:34

The Most Satisfying Two-Letter Word
"WE"
Use It
Surah Al An'am 6:71-72

The Most Poisonous Three-Letter Word
"EGO"
Kill It
Surah Al Qasas 28:78

The Most Used Four-Letter Word
"LOVE"
Value It
Surah Al Rum 30:21

The Most Pleasing Five Letter Word
"SMILE"
Keep It
Surah Al Najm 53:43

The Fastest Spreading Six-Letter Word
"RUMOUR"
Ignore It
Surah Al Hujurat 49:12

The Hardest Working Seven Letter Word
"SUCCESS"
Achieve It
Surah Al Nur 24:37-38

The Most Enviable Eight-Letter Word
"JEALOUSY"
Distance It
Surah Yusuf 12:8-9

The Most Powerful Nine-Letter Word
"KNOWLEDGE"
Acquire It
(of Allah & the Holy Qu'ran) Surah Ya Sin 36:2 Surah Yusuf 12:2

The Most Essential Ten-Letter Word
"CONFIDENCE"
Trust It
(Trust in Allah's Guidance)
Surah Yunus 10: 9
Surah Al Tawbah 9:51

Credit to my lovely cousin, Zachie for the forwading email. I hardly forward back any forward emails. But I thought this one is quite a lovely one and worth reading. So I load this one up here.

Tuesday, August 31

Now I Do



I had once wrote part of this song in one of the previous entry.
Gotta know it from my best friend.
A song with beautiful and awesome lyrics.

Click the above play button to hear the song, n enjoy singing in front of your screen. Dont worry! No one else will hear it... Hehe

Once I was lost in the dark
Blind to the lights
Wandering alone in plight...
Each step brought nowhere to sight
My heavy heart
Wanting to impart....

Darkness is questions that hide in my mind
Would I be able to find
Happiness sought or do I stay behind

I never knew how far I could go
But Now I do...

Disuatu masa dulu
Senyum tawa
Dicabuli duka...
Langkah menjadi rangkak
Rantai menggari
Gerak nadi...

Melutut ku menadah rayuan
Musykil ku tiada kekuatan dalam ronta dihulurnya tangan
tiada pasti tetapi kini
Ku tahu....

Once all my tears killed my smiles
Wiped them away
Through my heart cried stay...
Each day each pace of my life
Slowed down as though I'm
Chattel in chains....

Down on my knees with my head to the sky
Searching for answers to `why'?
Hands held up high
Then He helped me to rise...

I never knew how strong I Could be
But now I do...

Life's a promising gain
Weakness into strength
Twice stronger towards pain...

Hakikat duniawi
Keberanian menggapai mimpi...
And I have learnt that...

Di suatu masa dulu
Kehilangan
Gelap hamba sendu
Berat dada menahan
Persoalan
`Ke mana tujuan?"

Langkah kakiku tanda tanya
Dapatkah ku bersama
Bahagia atau keciciran..

Tiada pasti tetapi kini
Ku tahu....

Then I look back at my life
when choosing a lane
Was not without struggling to be sane...

The light that was blinding to me
Guided me through
The plight, the chains of time

Dan ku imbas kembali
Perbalahan
Kewarasan diri....
Cahaya yang mengaburkan
Kini menemani
Rangkak yang berlari....

Sunday, August 29

its has been long since...

Semalam, genaplah 2 minggu jari jemari ini tidak menekan papan kekunci untuk berblog. Ya, sudah 14 hari tidak diupdate!

Ada yang bertanya, " ke mana menghilang? " , " Nape dah lame tak update? "

Namun, aku sendiri tidak pasti akan jawapan yang sebenarnya.

Bosankah?
Hmm...bosankah? Bosan ke menulis ni?

Mungkin tiada idea?
Ah, banyak saja perkara yang boleh dituliskan, yang boleh dibicarakan.

Mungkin juga aku sibuk kebelakangan ini. Assignment dan test. Masuk cuti berlatih untuk Malam Mesra pula.
Tapi tidaklah sesibuk mana. Ada sahaja masa untuk Xbox, TV, chat etc.

Merajuk?
Haha.. tak reti la plak nak merajuk-rajuk ni. Out of question... Hehe

Huh entahlah. Mungkin tiada mood?
Tiada mood? Hmm.. mungkin juga...

Cuti winter sudah seminggu berlalu. Tinggal lagi seminggu untuk berehat; dari tiada kelas dan tutorial. Buka sahaja cuti, rakan tercinta yang bernama En. Peperiksaan menanti. Rindu agaknye. Hehe...

Seminggu ini juga ahli rumah dah bertambah dari 4 ke 5, namun untuk sementara sahaja. Rakan dari Wellington turun untuk berehat. Nak merasa pengalaman salji katanya. Jadi sempatlah mencuri peluang dan untuk berski di Potter Hutt. Pengalaman pertama. Sakit-sakit badan jatuh, tapi seronok. Terasa macam penglaman nak belajar berjalan pula...

Difficult, but again it was really fun and exciting...
Hope can be there again next year. Hopefully...





Saturday, August 14

Menu Untuk Hari Ini

Nasi Tomato 'Riccarton'
Ayam Percik 'Picton'
Mix Vege 'Pak N'Save' Goreng
Keropok Ikan 'Malaysia Mali'



Untuk resepi dan cara memasak dengan lebih lanjut. Sila lawat laman web masakan kegemaran anda.
Atau lebih mudah, gunakan teknik copy n paste ke laman web Google untuk kepuasan maksima.

Selamat Mencuba...

Sekian. Terima Kasih...

p/s - nama-nama khas yg digunakan dalam menu di atas adalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun mati kerna itu semua adalah nama-nama tempat belaka

Thursday, August 5

Berikut adalah perbualan dengan seorang rakan di Tokyo tidak berapa lama dulu.. Dia kini telah selamat berada di Jeniang, Kedah.

re_code (6:48:05 p.m.): aku baru smpai sini feb taun ni
lakaisolomon (6:49:18 p.m.): wooo
lakaisolomon (6:49:24 p.m.): kire first time nyer winter la ek
re_code (6:49:29 p.m.): iye..
re_code (6:49:43 p.m.): tp ok la kut
re_code (6:49:54 p.m.): sbb sini time summer pun sejuk gak
lakaisolomon (6:49:55 p.m.): ok
re_code (6:49:56 p.m.): huhu
lakaisolomon (6:49:57 p.m.): mmg ok
lakaisolomon (6:49:59 p.m.): wakakaa
re_code (6:50:05 p.m.): psal ko?
lakaisolomon (6:50:05 p.m.): bersiap sedia la ko
re_code (6:50:12 p.m.): hahaha
lakaisolomon (6:50:40 p.m.): negatif nyer suhu
lakaisolomon (6:50:43 p.m.): woooo
lakaisolomon (6:50:46 p.m.): cm nak mati gak la
re_code (6:50:49 p.m.): huhu
re_code (6:51:02 p.m.): tataula cemane nnt
re_code (6:51:07 p.m.): tgk la..
re_code (6:51:14 p.m.): insyaAllah bole survive kut
re_code (6:51:16 p.m.): hehe
lakaisolomon (6:52:16 p.m.): buleh nyer
lakaisolomon (6:52:18 p.m.): ala
lakaisolomon (6:52:20 p.m.): sejuk sket2
lakaisolomon (6:52:24 p.m.): buleh biase nyer
lakaisolomon (6:52:26 p.m.): huhu
re_code (6:52:29 p.m.): tula.

Di kala orang-orang di hemisfera utara berpanas-panas dan mungkin juga seronok bersama kaum keluarga di tanah air, orang-orang di hemisfera selatan bersejuk-sejukan dan berpening-pening dengan bil elektrik yang meningkat dengan mendadaknya dek akibat nak memanaskan keadaan sekeliling.

First winter. This is my first experience of winter... Argh... sejuknye! Mandi pun tak tentu. Kemalasan menjadi-jadi... Antara faktor blog ni dah lame tak update... hehe...

Dah lame sangat tak update blog ni. Rase macam malas ade. Rase macam takde mood pun ade gak. Entahla... Nak kata sibuk takdela sangat. Biasela sibuk student. Assignment.. test pun lambat lagi... tapi tula, sejak peristiwa itu...

Peristiwa 12 Julai yang lepas itu tak perlula rasenye nak dihebahkan ke suluruh alam maya. Biarlah mereka yang tahu itu kekal tahu dengan harapan dihadamkan dalam diri dan tidak dimuntahkan di khalayak umum.

Tapi memang benar, peristiwa itu mengajar seribu satu perkara. Responsibility, stress management, problem solving etc... Sakit kepala... tapi kata orang...

Pengalaman telah mendewasakan,
mematangkan fikiran,
pahit getir yang telah dilalui,
kini ku sedari...

Mintak maaf ye... Bro Op, Sis Zuril, Sis Intuisi dan yang lain-lain kerna masih sudi melawat dan menjenguk teratak hamba walaupun di kala tuan rumahnya acapkali tiada...
Tiada mogok dilancarkan... jangan risau. Jejak langkah Pres. Tok Rimau tak akan diikuti...

Tunggulah...

Friday, July 23

Teman...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu....... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu....

Mungkinkah kita...?

Source: unknown... dapat dari mailbox. Tapi cukup berkesan dan terkesan hingga membolehkannya terpaku untuk tatapan kalian dan untuk diri ini juga, agar dapat dibaca berulang kali... Moga tak terlupa kita akan seorang teman...

Saturday, July 3


Life's a promising gain,
Weakness into strength,
Twice towards pain,
I have learnt that in life.....

Then I look back at my life,
When choosing a lane,
Was not without struggling to be sane...

The light was blinding to me,
Guided me through,
The plight, the chains of time...

I never knew how strong I could be,
But now I do...