Saturday, November 13

Dilanda Feminism

Pasti ramai yang terkesima melihat layout ini.

Haa.. apa sudah jadi? PINK? MERAH JAMBU ?
Feminin sungguh... =)

Sekali-sekala menjadi feminin tidak mengapa bukan?

Yalah, tukar langsir baru sempena raya ni. Tak best jugak kalau dok tengok yang tu je kan? Kene berubah la juge sekali-sekala.

Kita perlu perubahan dalam hidup. Perlu ada anjakan paradigma. Mungkin kita berubah kepada yang ekstrim. Tapi siapa tahu itu akan membawa suatu perubahan yang menjurus kepada kebaikan untuk kita? Tiada siapa tahu.

Namun sebenarnya layout baru ini adalah sempena menyambut Nore yang akan kelihatan ayu dalam KEBAYA MERAH JAMBU pada hari raya kali ini.

Nore juga baru tukar layout. Mulanya ingin juga guna layout yang sama, biar korang sume terkeliru sket, tapi tak sanggup pula rasanya untuk guna layout yang Nore gune tu. Ia tersangatlah EKSTRIM. Lantas layout yang sama diubahsuai untuk kelihatan seperti sekarang ini. Rasa-rasanya OK tak?

Syabas Nore sebab berjaya tukar warna favourite kau dari HITAM ke MERAH JAMBU.

Dan, layout ini juga dilancarkan untuk memberi special tribute buat seorang sahabat baik yang warna kegemarannya adalah merah jambu dan akan menyambut lebaran jauh dari keluarga buat pertama kalinya. Dan yang pasti ianya bukan Nore.

You know who you are...



Maka dengan ini secara rasminya saya mengisytiharkan " Pinkish Period " bermula dan akan ditamatkan pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Sekian.

~~~~~~~~~~~~~


Salam Idulfitri buat semua.
Rasanya sepuluh jari tidak cukup untuk disusun dan memohon kemaafan dari semua.

Semoga lebaran kali ini membawa suatu keceriaan kepada kita.

Namun dalam kita bergembira bersama keluarga, jangan sekali kita lupa akan saudara-saudara kita di Palestin, Iraq dan sebagainya yang menyambut Aidilfitri dengan peluru dan bom.

Bersamalah kita berusaha dan berdoa untuk kemaslahatan ummah bersama. InsyaALLAH.
Minalaidil walfaaiziin
&
Maaf Zahir Batin


Wassalam.

Monday, November 1

Ketenangan

KETENANGAN

STAT111 - Statistics
ECON105 - Introduction to Macroeconomics
AFIS122 - Roles and Contexts of Accounting Information
AFIS151 - Legal Environment of Businesses

Time-time exam period camni memangla ketenangan tu suatu perkara yang amat-amat diperlukan. Ketenangan hati mahupun fikiran.

Buat rakan-rakan yang pulang untuk berAidil Fitri di kampung halaman, pasti sudah lama terbayang-bayang suasana desa tercinta.

Suara adik-adik riang gembira melihat kepulangan kakak tercinta. Tangisan kegembiraan ibu menatap wajah anak yang dikasihi pulang. Berbuka bersama keluarga. Bertarawih di surau. Bersalaman memohon ampun di pagi mulia. Melawat sanak saudara dan berbual mesra.

Pasti semua itu menjadikan hati tidak sabar-sabar untuk pulang.

Samada ia dapat menjadikan hati lebih tenang untuk peperiksaan atau tidak, itu kurang periksa pula. Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Namun yang pasti,

"Alaa bizikrillahi tatmainnul quluub..."
Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan tenang.

Zikrullah, tilawatulquran, qiyamullail. InsyaAllah akan dapat menenangkan hati dan fikiran. Lagi-lagi dalam penghulu segala bulan ini.

p/s: Kat blog Nore die load lagu Croatian Rhapsody. One of my fav song gak. Ingat nak load lagu tu. Tapi nanti ape pulak dier cakap kn? So Bohemian Rhapsody pun ok gak rasenye.. ye la.. untuk tema ketenangan sekarang nih... ok kut?

Wish me luck for my last and "hardest" paper on this Friday.

Monday, October 25

I mean NO HARM

I mean NO HARM

Its simply a good start for the day.

Seriously, I mean no harm to anyone. (esp. to the person whose ym! status read as " arghhhh, lets just forget about the match ok???? plssssss" on October 24th, 2000-GMT time... huhu... =P)

A good song to hear



A few nice pics to see







Oh ya! Before I forgot, the song entitled Glory Glory Man Utd. But, after you heard the song, its pretty obvious isn't it? =P

Yeah! Don't forget to enjoy this lovely day.

Saturday, October 23

Updated

Updated

Tinkering around your blog's source code is simply not recommended for those their exams are just around the corner i.e. 2 or 3 days time - like me, as it is a time consuming process...

But at least, it keeps me awake... =)

Recommended blogging tools
i)Blogroll

Tuesday, October 19

3 Days of My Life

3 Days of My Life

I don't really know. Maybe, these were just another 3 days of my hardly significant life...

.:.:.:.Day I,Saturday.:.:.:.

Hari ni banyak bende yang dilakukan buat pertama kali dalam hidup.

Hari ni first time puase kat rantau orang. First time sahur makan megi(biase makan nasi). First time sahur minum jus; instead of just plain water or tea. Dan banyakla lagi yang first timenye.

Hari ni jugak first time pegi keje dan berpuase.
Awal-awal lagi manager dari Nepal yang beragama Buddha dan ramai kengkawan orang Islam ni dah sound,

"Today is your first day of fasting isnt it?"

"Yup!"

"And you cannot eat or drink till in the evening?"

"Yaa.."

"Don't work too hard aa.. I dont want to see anyone fainted today,"

[sambil gelak2]"Don't worry. I won't."


Ish ingat sesenang ke n jatuh pengsan wahai manager oii.. tapi spoilernye bile dier tau yang aku dah start puase time umur 5,6 taun lagi. Terus dier tak heran sangat dah,lagi dier suro buat bnyk keje adela. Huhu nyesal lak citer.

Pastu si Manager ni banyak la tanye pasal puase nih. Sebelum2 ni pun dier banyak gak tanye pasal Islam etc. Ade sekali tu ble dier tanye buat ape time break.


"Performing my prayer..."

"Really?"

"Yaa..its an obligation for Muslims. 5 times a day"

"I dont see *****( refering to another Muslim worker there ) perform his prayer,"

"Err... if he doesn't perform the prayer, its between him and the God,"


Kantoi. Huh,memang btullah seperti dikata. Akhir zaman ni orang Muslim yang akan menghijab Islam itu sendiri. Muslim yang akan menyebabkan Islam tu terlindung dari dizahirkan realitinya yang sebenar. Nauzubillah.

Malamnye ade Majlis bukak puase + tarawikh oleh Kelab Melayu South Island(bukan kelab Umno aa!!) secare potluck.

Alhamdulillah. Pegi 2 bekas. Balik tah berape bekas tah, sampai tangan kitorang berlima tak cukup nak pegang. Rezki orang bujang la tu...

Sangat letih. Sampai rumah terus tido.

.:.:.:. Day II, Sunday .:.:.:.

Sebab semalam sangat letih. So hari ni tak dapat nak kekalkan stamina semase bekerja. Huhu... 8 jam keje. 2 jam yang last dah agak letih dah. Keje pun jadi cam slow sket. Kantoi ngan manager. Terus dier suro g amik 10 minit break. Abis break, dier suro buat mende lain. Yang lain dari buat burger. Dah tak cukup pantas kut.

Today's lesson: Cara-cara mengemop lantai dengan betul. Ade banyak version. Versi manager yang ajar. Versi supervisor yang ajar dan ade gak versi senior worker yang ajar.

Nak ikut mane satu?

Buka ngan lauk yang dpt semalam. Dan juga buah kurma free yang dapat semalam.

Letih sangat. Tarawikh pun dah ngantuk2 dah.

.:.:.:. Day III, Monday .:.:.:.

Nothing much for today. Study week started.

What? Only 1 week before final?

But still, macam malas2 sket gak nak study. Tape2 akan dicari kekuatan untuk itu.

Lepas asar pegi uni. Pegi amik gambar untuk salam aidilfitri di perantauan. Nak masuk paper. Hehe...
Terase cam pegi beraye lak semalam. Dengan songket sume sekali siap.

First experience. Biaselah. =)

Friday, October 15

Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi.

Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita bersama.

Manfaatkanlah segala masa yang terluang. Hanya kita sebagai umat Muhammad yang dapat merasai peluang yang emas ini yang tidak terdapat pada umat-umat sebelumnya.

Bersama kita berdoa, mengharap keredhaanNya.

p/s:
1. Kitorang kat NZ ni puase lambat sehari dari di Malaysia, Sabtu baru puasa. Lambat sket.
2. Credit to Aida Nadzri. Click here if you wanna convert your birthdate in Islamic Calendar.

Tuesday, October 12

Happy Birthday to me

HAPPY BIRTHDAY TO ME

:: edisi mencari publisiti murahan ::

Penulis blog ini dilahirkan pada tanggal 29 Mei, genap 11 tahun selepas pemergian Tan Sri P. Ramlee ke pangkuan Allah S.W.T.

Al-fatihah untuk beliau.

Penulis juga merasa berbangga dan sukacita kerana dilahirkan pada tahun yang sama dengan kelahiran kompeni otomobil negara yang pertama, PROTON.

Juga tidak ketinggalan merasa bertuah dengan kelahiran syarikat telesiar privat yg pertama di Malaysia bumi tercinta pada tahun yang sama. Kerna lahirnya siaran-siaran bermutu seperti Al-Kuliyyah, Jejak Rasul dan sebagainya.

Namun kehadiran banyak rancangan yang melaghakan mungkin menyebabkan penulis merasa sebaliknya.

.....
......
.......
........
.........

Tetapi hari ini penulis menyambut ulangtahun usianya yang ke 21. Dilahirkan pada 1984 namun hari ini mencapai usia 21 pada ketika tahun 2004 masih belum melabuhkan tirainya.

2004-1984=21?

Tidak pelik tapi benar.

::edisi tamat::

Apakah tarikh hari ini? Pasti ramai yang menjawab 12 oktober, 13 oktober etc.. bergantung pada tarikh anda membacalah.

Namun pasti ramai dan mungkin tiada yang akan menjawab 27 Syaaban, 28 etc.. (memang diakui, ramai yang akan kantoi, termasuklah diri ini.. hehe )

Dilahirkan pada 27 Syaaban 1404. Maka apabila mencecah 27 Syaaban 1425, maka 21 tahunlah ia.

Bukankah begitu?

Memanglah kita dibesarkan dalam suasana dunia barat telah menjajah pemikiran kita. Maka, mahu tidak mahu kita perlu mengikut kalendar Gregorian itu. Tetapi janganlah sekali kita melupakan akan kalendar hijriah itu.

Saidina Umar r.a tidak memilih tarikh hijrah sebagai tarikh permulaan kalendar Islam begitu sahaja, atau tanpa tujuan yang khusus. Hijrah dipilih supaya umat Islam sentiasa mengingati peristiwa hijrah itu dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Hijrah dari yang batil kepada yang benar. Dari yg baik kepada yang lebih baik.

Begitulah hendaknya.

Hmm.. berape ramai kat sini yang ingat tarikh lahir dalam kalendar Islam?

InsyaAllah. Ramai tu..

Sunday, October 10

Peluangnya sama, Natijah berbeza

Peluangnya sama, Natijah berbeza

Ramadhan, satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama, natijah berbeza.

Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa di awal zaman.
Ramadhan kami malang terbuang,
Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatanganmu,
Kami gembira dengan pemergianmu.
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran,
Tapi malam kami muram berkabung dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrufat,
Tapi kami lesu diburu nafsu,
Hati mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga....



Asal-usul wording kat banner atas tuh... Ramadhan 2 zaman oleh The Zikr yang time ni blum popular dgn nama Raihan lagi, kire album Syukur belum keluar kat pasaran lagi...

Setiap kali nak masuk bulan puasa je mesti teringat kat lagu ni. Takdelah event mnarik yg boleh diassociatekan dengan lagu ni.. cume maybe sebab lirik dier sangat menarik hati... Tau lagu ni pun sebab dulu penah bawak time nasyid dulu-dulu, time budak-budak lagi.. (Huh, nasyid rupenye aku ni dulu? :D )

Namun tu semua tak penting, yang penting kita bersame-same hayati lirik kat atas tuh. Majoritinya begitulah. Tapi hendakkah kita tergolong dalam golongan kebanyakan itu. Bersama kita merenung dan menghisab kembali diri memasing.

Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu?

Cukupkah amalan kita untuk dibawa ke sana?

Dan yang paling penting bukan time bulan mulia ni saje kite buat bende-bende baik yang insyaAllah kita tak buat time bulan-bulan yang lain... Tapi kite jadikan bulan ini sebagai bulan latihan. Bulan persiapan untuk kita hadapi 11 bulan mendatang yang pastinya penuh dengan godaan syaitan dan cabaran nafsu yang menggila.

Janganlah menjelang je 1 syawal sumenye hilang.

InsyaAllah tak. Kan? :)

Bersama kita mengingatkan sesama sendiri... fitrah manusia tu memang pelupa, tak boleh nak buat camne dah...

Friday, October 8

E-novel

Petang tadi, sambil-sambil menunggu waktu maghrib untuk berbuka puasa, tersesat ke satu laman e-novel yang menggunakan konsep blog jugak.

Sekali baca, hati sudah terpaut. Lepas Isya' terus kuhabiskan membaca.

"Heh, tak study lagi la nampaknya malam ni"

Mungkin plot ceritanya agak biasa. Tapi cara olahannya itu sungguh menarik. Wujud unsur-unsur suspen, dramatik, puitis dan juga romantis. =) Dah lama sebenarya tak membaca novel novel berbahasa melayu nih. Yelah.. manakan dicari novel-novel seperti itu di sini... Belum ada pasaran gamaknya... bahasa Maori adalah kut...

Sekali lagi tapi... yang paling menarik (ini pendapat peribadi ye?) adalah cara olahan penulis menyulamkan unsur-unsur dakwah, gaya pergaulan dalam islam yang sebenar dengan unsur-unsur "harus ada" pada novel-novel kategori remaja + jiwang.

Namun ini bukanlah suatu novel remaja + jiwang biasa yang anda boleh dapati dengan mudah di toko-toko buku; tempatan mahupun antarabangsa. Cubalah baca kerana ianya bukan sahaja free, namun amat menarik...

Klik kat bawah ni kalau nak mula baca...
Relevankah Aku di Hatimu?

p/s: "Ceh! promote dan komen macam banyak je bace novel... hehe"

Monday, October 4

Yesterday

3rd of October is quite a memorable date for me and I promise to myself not to forget this date...

51 years ago,
A man was born whom eventually become my only and beloved father...
He's the one who teach me about life
The one who teach me to stand on my own foot(quite contrary to my mom though, so its kinda balance also...)
Selamat Hari Lahir. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki hendaknya. Amiin.

Yesteryear,
I did something which I never done before in my life.
Told myself to be brave to spill out something that had been kept safe for years. Thinking maybe the time has come for it.
Lead to lotsa events and memories. Pains and joys.
Hopefully it will ended up with no pain.
But they said..."No Pain No Gain"
So how come?